Pendidikan di Mekah Sabran Asmawi

Sekitar tahun 1960M, Allahyarham TG berpeluang menyambung pengajian di Mekah (Arab: مكة المكرمة) yang telah menjadi cita-cita setiap pelajar agama khususnya sistem pondok pada ketika itu. Pengajian di Mekah tidak lama, cuma 3 tahun sahaja namun sudah cukup bagi mempertajamkan lagi ilmu pengetahuan yang telah di pelajari sebelum itu. Diantara gurunya yang berasal dari tanah jawi adalah Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani dari Padang, Indonesia (Arab: الشيخ محمد ياسين بن محمد عيسى الفاداني). Sheikh Muhammad Yasin pernah berkunjung ke Sekolah pondok Ahmadiah al-Ijtima’iah Padang Lalang, Bukit Mertajam pada awal tahun 1980an atas jemputan pihak pengurusan madrasah. Di ketika inilah Allahyarham TG berpeluang bertemu semula dengan gurunya setelah 20 tahun kembali ke tanah air.

Seorang lagi adalah Allahyarham Syeikh Abdul Qadir bin Abdul al-Mutallib [2] al-Indonesi al-Maindili (Arab:اﻟﺸﻴﺦ ﻋﺒﺪ اﻟﻘﺎدر ﺑﻦ ﻋﺑﺪ اﻟﻣﻄﻠﺐ الاﻧﺪوﻧﺴﻲ اﻟﻤﻨﺪﻳﻟﻲ رﺣﻤﻪ الله تعالى) Mandailing juga dari Indonesia (Pengarang kitab Penawar Bagi Hati), tetapi pernah berguru dengan Syeikh Haji Wan Ibrahim (اﻟﺸﻴﺦ ﺣﺎج وان إﺑﺮاﻫﻳﻢ) (PakCu Him) bin Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya-II) iaitu adik kepada Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal Abdidin atau singkatanya Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (الشيخ محمد زين الفطاني); Penyusun kitab Akidatun-Najin (عقيدة الناجين), di Sekolah pondok Gajah Mati, Kedah.

Pak Cu Him Gajah Mati, mengirimkan Syeikh AQAM al-Mandaili untuk memperdalamkan ilmu kepada Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani atau Tok Cik Wan Daud (bapa saudara kepada Pak Cu Him) dan Syeikh Wan Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De 'El (abang Pak Cu Him). Syeikh AQAM adalah sezaman dan juga guru kepada Allahyarham Syeikh Juned Tola serta sahabat kepada Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi (الشيخ إدريس المرباوي رحمه تعالى); Pengarang Kamus Idris Marbawi.

Sekembalinya Allahyarham TG ke tanah air, mula beliau menabur bakti di bumi bertuah kampong tanah kelahiran dan menetap serta berpusat di Surau al-Ansar, Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Dengan harapan begitu tinggi untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu agama yang telah diperolehi. Demi untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala dan berkongsi dengan semua ahli keluarga dan membantu agama Allah Ta'ala dengan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat di sekitar kampong. Hampir keseluruhan pelusok kampong di dalam daerah Kerian yang tidak dikunjungi oleh Allahyarham TG atas jemputan masyarakat sekitar yang mendambakan ilmu pengetahuan agama.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm